SEPERTI MANA Islam tidak pernah menetapkan masakan apa yang kita mesti makan, jenis pakaian apa yang mesti kita pakai begitulah juga Islam tidak pernah menetapkan corak atau sistem pemerintahan yang macam mana mesti kita guna pakai.
Dalam perkara-perkara tertentu seperti yang disebutkan di atas Islam memberi kebebasan kepada manusia membuat pilihan. Tentunya ada hikmah di sebalik diberi kebebasan dalam membuat pilihan itu.
Manusia tinggal di merata tempat di dunia ini yang mempunyai iklim yang berbeza dari setempat ke setempat, berbeza jenis tanam-tanamannya, berbeza binatang ternaknya dan juga berbeza budaya mereka.
Oleh itu tidak hairanlah kalau kita manusia terpaksa berbeza dalam makanan yang kita makan dan pakaian yang kita pakai.
Ada manusia terpaksa memakai pakaian yang agak tebal bagi menahan cuaca persekitaran mereka yang sejuk, ada manusia yang hidup dengan memakan nasi tetapi ada juga yang memakan roti atau gandum, dan tak kurang juga ada yang makan pisang.
Namaun begitu, walau apa jenis pakaian yang kita pakai, apa jenis makanan yang kita makan mestilah memenuhi peraturan dan adab Islam bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Bila kita berpakaian di khalayak ramai, pakaian itu haruslah pakaian yang menutup aurat dan tidak menjolok mata yang boleh mengganggu keharmonian hidup bermasyarakat dan boleh meruntuhkan akhlak manusia.
Makanan yang kita makan pula mestilah halal dan baik supaya ia dapat memberi kebaikan kepada kesihatan, pemikiran dan tingkahlaku manusia itu sendiri.
Demokrasi
Dari segi cara kepimpinan dan sistem politik pula, Islam juga tidak pernah membuat ketetapan dalam hal ini. Nabi Muhammad pun tidak pernah menetapkan suatu sistem politik yang perlu diikuti.
Kesesuaian suatu sistem politik itu berbeza-beza mengikut keadaan zaman, tamaddun dan tahap pemikiran sesuatu masyarakat manusia itu berada.
Kalau kita lihat dalam Quran, cara pemerintahan monarki atau raja pernah diamalkan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Bagaimanapun di zaman Nabi Muhammad, baginda tidak mengambil sistem raja, maharaja mahupun dinasti sebagai sistem kepimpinannya.
Menjawab tentang perkara yg dinyatakan di atas mengenai Demokrasi dan Islam,adakah benar Islam yg syumul itu boleh dicampur adukkan dgn system yg berlandaskan ideology ciptaan akal manusia?? tidakkah ini secara tidak langsung boleh merendahkan martabat Agama Allah??
Kekeliruan yg berlaku dlm dunia Islam terhadap demokrasi kini semakin parah.Golongan yg kononnya memperjuangkan Islam melalui Demokrasi yg sememangnya satu system acuan akal manusia ini seolah olah memperlekehkan Deen yg syumul ini yg sepatutnya tidak boleh di sama ratakan dgn ideologi2 buatan manusia yg serba serbi memiliki kelemahan dan kekurangan yg boleh dan telahpun membawa manusia kearah keburukan.Rasulullah saw diutuskan kpd manusia utk menjadi contoh teladan yg wajib diikuti dlm segala aspek kehidupan.Hal ini di jelaskan didlm sumber rujukan utama umat Islam yakni AlQuran:
“Hai orang-orang yg beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah(keseluruhannya),dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yg nyata bagimu.”(Qs.Al-Baqarah:208)
“Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama utk kamu.” (Qs.Al Maidah:3)
Tidak patut dan salah sekiranya ada yg berkata Islam tidak pernah menetapkan corak atau system pemerintahan kerana ayat AlQuran di atas sudah jelas mngatakan bahawa Islam itu lengkap sehingga tidak ada satu pun kekurangan atau masalah dlm Islam dan tidak ada satu pun perkara yg dapat diselesaikan tanpa Islam.Oleh kerana itu samalah soalnya dgn kehidupan ini.Dari bangkitnya kita dari tidur,berhadas,sehingga ke pemerintahan dunia,Islam telah aturkan kehidupan kita,Jadi samalah dgn system ini.Tidak ada keraguan lagi.Islam itu meliputi segala-galanya.
Islam sebagai nizhamul hayah diturunkan oleh Allah swt bagi seluruh makhluk-Nya. Rasulullah saw telah mengembangkan Islam hingga tertegaknya Daulah Islam pertama dengan berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Selama Islam diterapkan di dalam sistem pemerintahan.Islam mampu menunjukkan kejayaannya dan membawa kesejahteraan ke seluruh umat manusia selama 1300 tahun tanpa ada sedikit pun penerapan iedeologi2 atau system2 yg dicipta oleh akal manusia spt demokrasi. Islam sukses tanpa ada hegemoni dan infiltrasi idea-idea demokrasi.Sistem Negara yg berparti tunggal yang dilekatkan pada Islam justru tertolak mentah-mentah. Hal ini terbukti dengan keberadaan rakyat bukan sebagai pembuat undang-undang tetapi difungsikan sebagai pengoreksi kebijakan pemerintah dalam Daulah Islam.
Bila Islam secara murni dan kaffah diterapkan tentu tidak seharusnya ada demokrasi Islam. Keberadaan demokrasi yang bertentangan dengan Islam justru menambah bias dalam syariah. Keberadaan Irshad Manji, muslimah Uganda besar di Richmond yang lesbian namun konon sering ’berceramah’ memperjuangkan Islam menjadi contoh populer demokrasi Islam. Demikian pula insiden Monas dan penolakan Ahmadiyah dianggap sebagai kegagalan demokrasi dalam Islam.
Demokrasi adalah utopia bagi kehidupan manusia dan menjadi topeng negara corporatocracy yang populer dengan slogan dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat padahal merompak kesejahteraan rakyatnya. Agenda harmonisasi Islam dan Demokrasi tak lain hanyalah agenda neoliberalisasi dari hegemoni kapitalis-sekuler demi menggagalkan penerapan syariah secara kaffah dalam kehidupan.
”Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya” (Qs. Al-Anfal : 30).
Amat Hina Mereka Yang Menyamakan Islam Dengan Demokrasi
Betapa rosak dan hinanya cara berfikir para pemimpin umat Islam hari ini yang menyatakan Islam seiring dengan demokrasi. Inilah hasil dari pemikiran sekular yang tertancap kukuh di benak pemikiran para pemimpin ini. Sungguh malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil, tidak dapat memisahkan cahaya dan kegelapan dan yang paling hina, tidak dapat memilih dengan betul antara Islam dan kekufuran. Nampaknya musuh-musuh Islam telah berjaya menjadikan para pemimpin sekular ini jurubicara mereka ditengah-tengah kehidupan umat Islam hari ini. Mereka ini tidak lain merupakan produk Barat yang berjaya dicetak pemikirannya agar selari dan seiring dengan kehendak Barat.
Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah kamu sedar apa yang telah kamu perkatakan? Kamu begitu berani menyamakan Islam dengan sistem kufur demokrasi. Apakah kamu sedar bahawa tidak ada Deen yang lebih tinggi dari selain Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. Hanya Islamlah satu-satunya ad-Deen/cara hidup yang diterima oleh Allah SWT.
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”. [TMQ A-li ‘Imraan (3) :19].
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].
Dalil-dalil al-Quran dan hadith di atas begitu jelas! Lantas kenapakah kamu begitu berani menyamakan Islam dengan demokrasi?
Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Islam adalah Deen yang datangnya dari Allah SWT sementara demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia! Mana mungkin Islam seiring dengan demokrasi!
Wahai para pemimpin sekular! Tidakkan kamu sedar bahawa Rasulullah SAW diutus dengan ad-Deen yang haq berserta al-Quran mulia untuk diizharkan mengatasi agama / sistem kehidupan yang lain?
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At-Taubah (9) : 33].
Janganlah kamu menambahkan lagi kehinaan ke atas kamu dengan terus mengekalkan dan mempertahankan sistem kufur Barat, malah menyamakannya dengan Islam!!
DITULIS OLEH: AKHI HAFIZ AL QUTTUZ
Kamis, 18 Maret 2010
ISLAM SEBAGAI NIZHAMUL HAYAH
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar